CiKaDaK

Pergh!Lama gile tak update blog..Ni masa bawak Heli R44 pusing2 KL dari Sg Besi Airbase. K lah, nak sambung aktiviti di PWTC..
Labels: 3 comments | | edit post
CiKaDaK
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar


Allah Maha Besar. Maha suci Allah Tuhan sekalian alam. Bersyukurlah kita Bangsa Melayu yang dilahirkan di bumi Malaysia kerana menjadi umat Islam percuma. Bahkan lebih dari itu mendapat pelbagai perlindungan dan keistimewaan. Begitulah bertuahnya kita Bangsa Melayu Malaysia.

Manakan tidak, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Bukan menidakkan agama lain, tetapi tidak disebut agama lain sebagai agama Persekutuan. Bilamana kita kata Malaysia adalah Negara Islam, marah pula YB Karpal Singh. Katanya lebih kurang berbunyi …Ini sudah salah. Islam bukan agama rasmi, cuma agama Persekutuan. Perlembagaan tidak sebut ianya agama rasmi. Dalam hati kita kata “Aik, kalau Islam bukan agama rasmi, kenapa diletakkan ayat Persekutuan di belakang ayat Islam? Tidak pula disebut nama agama-agama lain sebagai agama Persekutuan. Agaknya tidak istimewa agama Islam ini ya? Ataupun YB Karpal sengaja tidak mahu menerima hakikat”.

Malangnya, hari ini secara sedar atau tidak semakin ramai bangsa Melayu bersetuju dengan apa yang YB Karpal Singh katakan, ramai bangsa Melayu yang akur dengan apa sahaja yang YB Karpal Singh lakukan. Termasuklah YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan pengikut-pengikutnya. Tapi tidak mengapalah, peribadi DSAI pun boleh dipertikaikan. Bukannya dia malaikat atau Nabi, jauh lagi dari sifat maksum. Sedikit sebanyak dosanya sama dengan kita semua. Begitu juga dengan para pengikutnya. Sudah terbukti pun ramai yang moralnya sangat-sangat buruk dan boleh dipertikaikan. Tidak sampai 1 penggal sahaja sudah 4 ADUN PKR yang bermasalah moral. Satu rekod ‘cemerlang’ dalam politik Malaysia. Kalah PAS yang hangat dengan 1 rekod moral, iaitu kes Mat Sabu.

Tetapi yang lebih malang lagi, mereka yang kita hormati kerana ketokohan dalam ilmu agama Islam antaranya seperti YB Tok Guru Nik Aziz, YB Haji Abdul Awang Hadi Awang dan Al-Ustaz Harun Din pun turut berdiam diri. Orang tua-tua kata diam tanda setuju. Takkan tentang agama Islam pun hendak bersetuju dengan YB Karpal? Kata dulu Malaysia bukan Negara Islam sejati. Kalau laksana ‘Hukum Hudud’ baru boleh kata Malaysia adalah Negara Islam. Maka keluarlah ‘Fatwa Abdul Hadi Awang’ yang kata UMNO adalah parti kafir kerana bersekongkol dengan bangsa berlainan agama. Hari ini nampaknya sudah terbalik. ‘Matlamat menghalalkan cara’ agaknya. Maka ‘Fatwa Abdul Hadi Awang terpakai kepada BN tapi tidak pada Pakatan Rakyat’. Demi capai matlamat, bekerjasama dengan DAP pun ‘sudah jadi halal’.

Kami sayang tokoh agama. Biarlah kami hormat dengan ketokohan mereka dalam ilmu agama. Justeru kalau hanya berdiam diri sahaja atau pun berkata bagai lepas batuk di tangga, tidak mahu ‘berjihad’ habis-habisan menentang YB Karpal Singh, maka kita pun mula rasa hilang hormat pada YB Tok Guru Nik Aziz dan YB Abdul Hadi Awang.

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

Maha Suci Tuhan sekalian Alam yang mencipta langit dan bumi serta bumi bertuah Malaysia. Memberkati Malaysia dari Kepulauan Tanah Melayu serta dipimpin oleh Raja Melayu hingga mencapai kemerdekaan, juga masih dipimpin oleh Raja. Begitulah peruntukkan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 32. Raja Disembah Raja Berperlembagaan dan digelar Yang Di-Pertuan Agong. Disebut sebagai Ketua Eksekutif Negara.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

‘Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah’ bunyi pepatah Melayu lama. Maka teringat kesah-kesah dahulu kala, ketika Singapura dilanda todak. Kerana takut akan bayang-bayang seorang budak bijaksana, maka terbunuhlah Hang Nadim yang menyelamatkan Negeri dari sengsara. Itu pun setelah dihasut oleh Memanda Bendahara. Pun juga kesah Hang Jebat yang menuntut derhaka kerana sahabat dianggap kekanda, Hang Tuah dihukum bunuh oleh Raja. Hang Tuah yang disangka mati, hidup melaksanakan perintah Raja membunuh Hang Jebat yang derhaka. Persamaan kedua-dua kesah adalah Memanda Mamak Kuti serta Bendahara yang suka menghasut menimbulkan huru-hara. Si Kitul juga ada kesahnya sendiri. Menderhaka kepada Raja hingga sanggup menggadaikan Negara. Begitu juga peristiwa Pasir Salak. Kerana kebiadapan serta zalimnya J.W.W.Birch menjuarai penjualan hamba abdi orang tempatan, maka JW.W.Birch seorang penasihat kepada Sultan Perak mati dibunuh oleh Datok Maharajalela serta Sipuntun pada tahun 1875.

Namun sezalim-zalim Raja akhirnya pembalasan diterima oleh Allah yang Maha Esa. Tidak sekali-kali rakyat jelata menderhaka secara terbuka menimbulkan huru-hara. Bangsa Melayu terkenal dengan sifat sopan-santunnya serta tinggi budi bahasanya. Di bawah pemerintahan Beraja, kita menjalani kehidupan yang amat tenang, terutamanya bangsa Melayu. Kita tidak terlibat dengan revolusi berdarah seperti negara jiran tetangga terutamanya Indonesia dan Thailand. Melainkan Thailand, konsep ke’Raja’an di Indonesia hancur lebur. Sistem Rajanya langsung tiada melainkan bacaan buku sejarah mereka.

Allahuakbar.. Maha Suci Allah, Tuhan Maha Besar

Daulat Tuanku..

Kenapa kita harus butakan mata? Kenapa harus kita simpan ego hingga sanggup mengata ‘Hitam itu Putih manakala Putih itu Hitam?’. Kenapa tidak terus kata ‘Hitam itu Hitam dan Putih itu Putih?’ Duli Yang Di-Pertuan Agong adalah pertamanya; Ketua Eksekutif Negara, manakala Sultan-Sultan di Negeri-Negeri yang membentuk Negara Malaysia menjadi Ketua Eksekutif kepada Negeri baginda masing-masing.

Sebagaimana Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan, bagi Negeri pula tertakluk kepada Akta Tubuh Negeri masing-masing yang secara nyatanya menyebut Ketua Eksekutif bagi Negeri dibentuk di bawah Dewan Undangan Negerinya adalah Sultan. Sebelum seseorang itu bergelar Menteri Besar, maka pengendorsan dari Ketua Eksekutif Dewan Undangan Negeri iaitu Sultan mestilah diperturunkan. Maka begitulah kiranya Sultan menurunkan pengendorsan tentang lucut hak atau pemberhentian seorang yang bergelar Menteri Besar. Mengambil contoh, kiranya di Negeri Perak maka Perkara 16 Akta Tubuh Negeri Perak hendaklah difahami.
Adakah seorang Sultan suka-suka hendak melucutkan jawatan seorang Menteri Besar dan barisan Exconya? Adakah seorang Sultan sewenang-wenangnya melantik semula seorang Menteri Besar yang baru dan menerima nasihat Menteri Besar baru melantik barisan Exconya?

TIDAK!

Seorang Sultan bukan suka-suka hendak mencemar duli melakukan perkara yang baginda rasa perlu dilakukan melainkan menurut peruntukkan undang-undang. Malahan Fasal 4 di bawah Perkara 16 tersebut membenarkan Sultan menggunakan kuasa budibicara atau disebut prerogative dalam satu-satu hal.

Adakah tindakan Sultan menjalankan kuasa budibicaranya dianggap sebagai salah-laku etika seorang Raja? Maka itu YB Karpal Singh mengugut untuk mengheret Duli Yang Mulia Sultan Perak ke Mahkamah, kerana katanya Perlembagaan Persekutuan yang dipinda pada tahun 1993 membenarkan Sultan atau Raja di bawa ke Mahkamah Khas Di-Raja.
Adakah Sultan Perak sengaja melakukan perbuatan jenayah contohnya menyebabkan kematian seseorang secara tidak munasabah maka kekebalan baginda Sultan secara semulajadi hilang kekebalannya? Adakah Sultan Perak sengaja berhutang wang ringgit yang amat banyak kepada mana-mana institusi kewangan hingga kekebalan baginda Sultan secara semulajadi hilang kekebalannya?

Jika itu jawapannya, maka heretlah Sultan Perak ke muka pengadilan melalui peruntukkan Perkara 182 Perlembagaan. Kerana itulah yang dikehendaki oleh Dewan Parlimen sewaktu menggubal dan meminda peruntukkan tersebut pada tahun 1993. Tetapi jangan heret baginda Sultan hanya kerana menjalankan kuasa prerogative yang diperuntukkan dalam Akta Tubuh Negerinya.

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

Mengapa begitu egonya kita kerana parti sanggup membelakangkan bangsa? Mengapa begitu bongkaknya kita kerana parti kita hilang tumpuan bersatu padu sebagai satu bangsa dan satu agama bersama-sama mempertahankan kedaulatan Raja kita? Raja adalah Ketua Eksekutif Negara dan bagi konteks Negeri adalah Sultan. Mereka bukan sahaja menjadi Ketua Eksekutif yang menjalankan tanggungjawab memelihara dan memacu Negara serta Negerinya, bahkan baginda Raja atau Sultan merupakan Ketua Agama Islam yakni sinonim kepada Ketua Bangsa Melayu. Tidak Melayukah UMNO? Tidak Melayukah PAS? Tidak Islam dan Melayukah UMNO serta PAS?

Semoga Allah swt membukakan pintu taubat kepada YB Nizar untuk tidak engkar serta dijauhi dari derhaka kepada baginda Sultan Perak. Mohon diberikan kerendahan diri untuk YB Nizar memohon ampun dan maaf kepada baginda Sultan Perak. Sebaliknya kita satu agama serta satu bangsa hendaklah mempertahankan Ketua Bangsa serta Agama kita iaitu Yang Di-Pertuan Agong serta Sultan-Sultan mempertahankan dari daulat Tuanku Baginda Ketua Panji Islam serta Bangsa Marhain Melayu dari dihina dengan tingkah laku biadap YB Karpal Singh.

Tidak ingatkah YB Karpal Singh akan
Operasi Lalang 27hb Oktober 1987?

Jikalau YB Karpal kata penggunaan ISA merupakan satu undang-undang rimba yang kejam tetapi rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu lebih rela kehilangan YB Karpal Singh seorang dari kehilangan kedaulatan Raja dan bangsa Melayu. Bangsa Melayu pasti mempertahankan Agama Islam agama rasmi Negara dari diperlekehkan dengan undang-undang buatan tangan manusia yang hanya dimanipulasi oleh orang seperti YB Karpal.

Kalau dulu Datuk Seri (kini Tun) Dr. Mahathir Mohamad hanya menggunakan kuasa selaku Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan Operasi Lalang, tetapi pada hari ini terdapat
lebih dari seratus aduan atau repot polis dari berbagai pihak yang mahukan tindakan diambil terhadap YB Karpal Singh kerana perilaku buruknya yang mencemar institusi Raja-Raja secara tidak langsung merendah-rendahkan martabat Ketua Eksekutif Negara atau Negeri, Ketua Bangsa Melayu dan yang paling utama Ketua Agama Islam.

Sedarlah bangsa kita bahawa kita sedang diperbodohkan oleh petualang-petualang yang sentiasa hidup dalam mana-mana zaman seperti Mamanda Bendahara dan Mamak Kuti (DSAI), Si Kitul dan Jebat (Nizar), J.W.W.Birch (Karpal). Kepada yang dikasihi Tok Guru Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang, jangan hanya pandang ringan serta sebelah mata perkara mengenai Agama dan Bangsa kerana terlalu seronok duduk ditakhta ibarat Mamanda Imam Jurunikah Negara dalam filem MUSANG BERJANGGUT.

Kita bangsa Melayu serta Penganut Islam Kuala Langat, jangan alpa dan leka. Bangkitlah. Islam Syumul. Takkan Melayu Hilang Di Dunia!


CiKaDaK
1. Sandiwara di Perak masih menggelikan hati. Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.

2. Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah.

3. Tetapi Menteri Besar Pakatan tidak hendak berhenti jadi MB. Pejabatnya sudah dikosongkan oleh Polis.

4. Apakah Polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya.

5. Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan.

6. Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan.

7. Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?

8. Jika tidak dapat paksa Kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu.

9. Mungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal.

10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.

11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.

12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!

dr M still bleh buat lawak..gelak2..ok la tuh..